Sunday, February 15, 2009

INTERAKSI 3 (JADUAL SPESIFIKASI UJIAN)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN


~ rancangan persediaan item.

~ "test blue print / test spesification"

~ matrik --> 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan paksi aras (melintang)

~ bentuk ujian sama ada objektif , esei, amali dan kertas kerja.

~ bilangan item yang mengikut bentuk, aras kemahiran.

~ kepayahan / kesukaran item (20% - 80%)

~ Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian(JSU) :
  • mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.
  • menjamin kesahan sesuatu ujian (soalan dibuat berdasarkan kandungan pelajaran yang dipelajari)
  • menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik dan aras2 kemahiran.
  • menentukan perseimbangan antara topik dengan aras2 kemahiran yang diuji.
  • memberi panduan untuk membentuk format ujian (objektif. esei, struktur)
  • memberi panduan untuk membentuk soalan.
  • mengambilkira bilangan masa yang diperuntukkan untuk sesuatu topik.
  • membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain.

~ Langkah pembinaan JSU.
  • senaraikan tajuk2 yang hendak diuji. (jadual)
  • tentukan soalan yang hendak dibina atau akan dibina sama ada berbentuk objektif, struktur atau esei. Kemudian, penentuan jumlah soalan bagi setiap topik iaitu jumlah masa x jumlah soalan / jumlah masa keseluruhan.
  • tentukan model aras kesukaran. Lazimnya JSU menggunakan taksonomi kognitif pendidikan Bloom.
  • pastikan jenis ujian yang akan diuji iaitu ujian objektif, ujian esei, ujian struktur dan lain2 (bergantung kepada format peperiksaan)
  • tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen, aras kesukaran soalan dan pemarkahan.
  • menyatakan mata pelajaran, singkatan / kelas, susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Saturday, February 14, 2009

INTERAKSI 2 (TAKSONOMI DAN DOMAIN)

TAKSONOMI BLOOM

~ Domain kognitif

~ Bidang kognitif ialah bidang tentang pengetahuan seperti fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.

~ Domain kognitif terbahagi kepada enam peringkat iaitu bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang paling sukar.

Pengetahuan --> Kefahaman --> Aplikasi --> Analisis --> Sintesis --> Penilaian

Aras Pengetahuan

~ keupayaan mengingat kembali fakta, idea, pendapat, prosedur dan peristiwa yang berlaku.

~ ia dibahagikan kepada 3 peringkat :
  1. pengetahuan tentang fakta khusus - berkait dengan istilah yang berbentuk perkataan atau simbol, perkaitan fakta tertentu dengan tarikh, peristiwa atau punca maklumat.
  2. pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik / prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
  3. pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang, seperti mengetahui prinsip dan generalisasi dan mengetahui teori dan struktur.
~ perkataan yang biasa digunakan ; siapakah, bilakah, definisi, senaraikan, nyatakan, di mana, apa.

~ ciri-ciri soalan :
  1. soalan memerlukan pelajar menggunakan proses mental untuk mengingat pengetahuan yang diminta.
  2. pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pengajaran guru.
  3. soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.
  4. jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah.
Aras Kefahaman

~ keupayaan pelajar memberikan huraian / makna kepada sesuatu perkara.

~ kefahaman boleh dibahgikan kepada beberapa aspek iaitu ;
  • Perterjemahan (menterjemah) --> menterjemahkan maklumat dari satu bahasa ke bahasa lain dengan tidak mengubah makna asal.
  • Mentafsir (interpretasi) --> mentafsir idea / mesej yang disampaikan dalam bentuk terseurat dan tersirat. Setelah sesuatu idea / mesej itu difahami, maksudnya disampaikan semula dalam perkataan pelajar itu sendiri. Misalnya murid dapat mentafsir data dalam bentuk carta kepada bentuk tulis huraian.
  • Ekstrapolasi - pelajar dapat membuat telahan / inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi atau diterima.
~ perkataan yang digunakan ; huraikan, jelaskan, terangkan, tukarkan, mengapakah, bezakan, bandingkan, nyatakan dalam perkataan anda sendiri, kelaskan, bahagikan, tafsirkan, asingkan.

~ Ciri-ciri soalan :
  • soalan memerlukan penggunaan proses mental berkait dengan kefahaman, misalnya terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi.
  • penggunaan atau maklumat asas telah diajar atau diberi kepada pelajar.
  • memerlukan bahan / alat komunikasi untuk diterjemah, ditafsir atau diekstrapolasi
  • pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat atau perkataan mereka sendiri.
Aras Aplikasi

~ keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am.

~ pada peringkat ini, pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

~ perkataan yang digunakan ; tunjukkan, selesaikan, susunkan, uruskan, gunakan, demonstrasikan, pilih, buat.

~ Ciri-ciri soalan :
  • soalan memerlukan proses mental aplikasi
  • soalan melibatkan 3 frasa iaitu prinsip, menyelesaikan masalah, dalam situasi baru.
  • soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dalam situasi baru yang sama dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.
Aras Analisis

~ keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihat pertalian antara unsur-unsur.

~ menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan strukturnya yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen atau kes yang diberikan.

~ analisis dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :
  • analisis unsur --> keupayaan pelajar menentukan unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu dokumen. E.g : pelajar dikehendaki mencari bukti-bukti dalam dokumen untuk menyokong kesimpulan yang diberikan.
  • analisis hubungan --> keupayaan pelajar menentukan hubungan antara unsur2 yang terdapat dalam komunikasi. E.g : pelajar dikehendaki menentukan perkaitan antara bukti2 dengan hipotesis atau hipotesis dengan kesimpulan.
  • analisis prinsip --> keupayaan pelajar mengenal pasti prinsip organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuau dengan menganalisis tujuan, pandangan, pendirian, sikap dan konsepsualisasinya. E.g : pelajar dapat mengenal pasti pendekatan yang digunakan oleh penyanyi tertentu untuk menarik penonton.
~ perkataan yang biasa digunakan ; mengapa, kenapa, apakah faktor, buatkan rumusan, buktikan.

~ ciri2 soalan :
  • soalan menggunakan proses mental analisis sama ada analisis unsur, hubungan atau prinsip.
  • situasi mudah hendaklah baru, tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa pengajaran.
  • situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada pelajar.
  • soalan memerlukan fikiran kritis, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajarinya.
Aras Sintesis

~ keupayaan menggabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur.

~ ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
  1. sintesis penyampaian --> menghuraikan, menarik minat atau menunjukkan perasaan marah. E.g : menyampaikan perbahasan dengan hujah.
  2. sintesis himpunan --> satu himpunan perlakuan. E.g : susun kandungan pelajaran untuk ujian.
  3. sintesis cadangan --> hasilkan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak. E.g : kemukakan teori yang tepat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
~ perkataan yang biasa digunakan ; ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan.

Aras Penilaian

~ berkeupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.

~ pelajar membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya.

~ pertimbangan dibuat berdasarkan piawaian / standard tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik buruk dan lain2.

~ perkataan yang biasa digunakan ; pertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan, rumuskan, nilaikan, kritikan, buktikan, huraikan.


DOMAIN KRATHWOHL (DOMAIN AFEKTIF)

~ Bidang tentang perasaan, emosi, sikap, penghargaan nilai.

~ disusun oleh David R.K., Benjamin S. Bloom, Bertram.

~ ia bermula dari aras rendah ke aras tinggi iaitu :

penerimaan --> gerak balas --> penilaian --> organisasi --> perwatakan

Penerimaan

~ kesediaan seseorang atau penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan.

~ bermula dengan kesedaran penerima. E.g : penerima sedar akan keadaan kehidupan, irama, lirik. Selepas itu individu tersebut tidak menjauhkan diri daripada rangsangan tersebut. Individu mula bertindak secara terhad dan cuba membezakan setiap rangsangan yang diterima.

Gerak Balas

~ seseorang akan bertindak balas dengan rangsangan yang diterima --> mempunyai motif tersendiri untuk membuat demikian --> (motif ingin tahu) --> menyebabkan seseorang bertindak balas dengan rangsangan yang diterima.

~ E.g : set induksi --> bawa kotak yang ditutup mukanya --> murid bertindak balas --> perasaan ingin tahu --> guru memanggil beberapa pelajar untuk meneka.

~ gerak balas melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan.

~ gerak balas berlaku di atas arahan orang lain yang akhirnya merupakan satu kepuasan.

Penilaian

~ bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat.

~ nilai / motif yang boleh dianggap motif luaran, akan menjadi landasan kepada setiap pelaksanaan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.

~ ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
  1. penerimaan semua nilai --> menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut dan menjadi landasan kepada perlakuan.
  2. pemilihan nilai tertentu --> memilih nilai tertentu dari nilai2 yang didedahkan kepada individu tersebut yang menjadi landasan perlakuan.
  3. komitmen --> memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan kepada perlakuannya dan sanggup mempertahankan nilai tersebut.

Organisasi

~ seseorang boleh menyusun semua nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal.

~ terdapat 2 peringkat iaitu :
  • menkonsepsualisasikan dan membentuk pertalian antaranya.
  • menyusun nilai2 ini hingga menjadi satu sistem nilai / kepercayaan.

Perwatakan

~ seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.



INTERAKSI 1 (PENGERTIAN KONSEP)

Pentaksiran

~ satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk (pelajar) sesuatu proses pendidikan.

~ Pentaksiran terbahagi kepada empat iaitu :
  1. produk - pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.
  2. proses - langkah, tindakan, operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
  3. maklumat - bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
  4. penghakiman - proses pertimbangan tentang proses pencapaian pendidikan pelajar.
~ Rukun pentaksiran :
  1. instrumen
  2. kumpulan yang ditaksir
  3. respons
  4. kumpulan yang menaksir
  5. skor
~ Tujuan petaksiran :
  1. proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  2. menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
  3. mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
  4. memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
  5. merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  6. melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
~ Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.

Pentaksiran <---> objektif pengajaran dan pembelajaran

<---> aktiviti pengajaran dan pembelajaran

~ Ciri pentaksiran yang baik :
  1. Keobjektifan - ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
  2. Kebolehtadbiran - kelicinan dan kerja-kerja soalan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
  3. Kemudahtafsiran - maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
  4. Menyeluruh - mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.
Penilaian

~ satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan membuat analisis dan keputusan yang bertujuan untuk mengambil tindakan yang wajar dalam pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

~ Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah salah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

~ Kandungannya adalah dari aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan.

~ Prosedur penilaian :

Peringkat Persediaan Ujian ---> Peringkat Pentadbiran Ujian ---> Peringkat Pemeriksaan dan Pengukuran ---> Peringkat Analisis ---> Peringkat Interpretasi dan Tindakan

~ Konsep pendidikan :-
  • satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
  • proses mendapatkan gambaran tentang pretasi seseorang dalam pembelajaran. Aktiviti dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
~ Tujuan penilaian ujian :
  • mengetahui keupayaan kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar pada perkara-perkara yang hendak diajar.
  • praujian / 'pretest' -> hasil ujian memberikan gambaran -> keupayaan pelajar dalam pengajaran guru tersebut.
  • menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
Pengujian

~ Pengujian ialah cara yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu berkaitan dengan pembelajaran.

~ Tujuan : mendapatkan maklumat pencapaian pelajar dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor.

~ Dalam pengajaran bahasa, pelajar dan guru bahasa memerlukan data yang boleh digunakan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran terutama setelah dikenal pasti daerah kelemahan yang memerlukan perhatian.

Kesimpulan

  1. penilaian ialah proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
  2. penilaian berguna untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan.
  3. penilaian dibuat berdasarkan jadual / gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan (statistik).
  4. penilaian dilakukan sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa topik pelajaran.
  5. penilaian merangkumi aspek pengukuran dan pengujian.