Saturday, February 14, 2009

INTERAKSI 1 (PENGERTIAN KONSEP)

Pentaksiran

~ satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk (pelajar) sesuatu proses pendidikan.

~ Pentaksiran terbahagi kepada empat iaitu :
  1. produk - pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar peroleh setelah melalui proses pendidikan.
  2. proses - langkah, tindakan, operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.
  3. maklumat - bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir.
  4. penghakiman - proses pertimbangan tentang proses pencapaian pendidikan pelajar.
~ Rukun pentaksiran :
  1. instrumen
  2. kumpulan yang ditaksir
  3. respons
  4. kumpulan yang menaksir
  5. skor
~ Tujuan petaksiran :
  1. proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran.
  2. menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran.
  3. mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran.
  4. memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
  5. merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  6. melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
~ Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.

Pentaksiran <---> objektif pengajaran dan pembelajaran

<---> aktiviti pengajaran dan pembelajaran

~ Ciri pentaksiran yang baik :
  1. Keobjektifan - ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
  2. Kebolehtadbiran - kelicinan dan kerja-kerja soalan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.
  3. Kemudahtafsiran - maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
  4. Menyeluruh - mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.
Penilaian

~ satu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan membuat analisis dan keputusan yang bertujuan untuk mengambil tindakan yang wajar dalam pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

~ Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah salah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai.

~ Kandungannya adalah dari aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan dan penyimpulan.

~ Prosedur penilaian :

Peringkat Persediaan Ujian ---> Peringkat Pentadbiran Ujian ---> Peringkat Pemeriksaan dan Pengukuran ---> Peringkat Analisis ---> Peringkat Interpretasi dan Tindakan

~ Konsep pendidikan :-
  • satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.
  • proses mendapatkan gambaran tentang pretasi seseorang dalam pembelajaran. Aktiviti dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran, aktiviti yang dijalankan secara berterusan dan aktiviti yang bertujuan untuk mendapatkan pembelajaran yang baik.
~ Tujuan penilaian ujian :
  • mengetahui keupayaan kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar pada perkara-perkara yang hendak diajar.
  • praujian / 'pretest' -> hasil ujian memberikan gambaran -> keupayaan pelajar dalam pengajaran guru tersebut.
  • menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
Pengujian

~ Pengujian ialah cara yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku seseorang individu berkaitan dengan pembelajaran.

~ Tujuan : mendapatkan maklumat pencapaian pelajar dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor.

~ Dalam pengajaran bahasa, pelajar dan guru bahasa memerlukan data yang boleh digunakan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran terutama setelah dikenal pasti daerah kelemahan yang memerlukan perhatian.

Kesimpulan

  1. penilaian ialah proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
  2. penilaian berguna untuk membaiki rancangan mengajar, kurikulum, pengesanan punca kelemahan dan membuat ramalan.
  3. penilaian dibuat berdasarkan jadual / gred yang dihasilkan melalui pengiraan perangkaan (statistik).
  4. penilaian dilakukan sebelum, semasa dan selepas satu atau beberapa topik pelajaran.
  5. penilaian merangkumi aspek pengukuran dan pengujian.



No comments:

Post a Comment