TAKSONOMI BLOOM
~ Domain kognitif
~ Bidang kognitif ialah bidang tentang pengetahuan seperti fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
~ Domain kognitif terbahagi kepada enam peringkat iaitu bermula dengan tahap yang mudah dicapai kepada tahap yang paling sukar.
Pengetahuan --> Kefahaman --> Aplikasi --> Analisis --> Sintesis --> Penilaian
Aras Pengetahuan
~ keupayaan mengingat kembali fakta, idea, pendapat, prosedur dan peristiwa yang berlaku.
~ ia dibahagikan kepada 3 peringkat :
~ ciri-ciri soalan :
~ keupayaan pelajar memberikan huraian / makna kepada sesuatu perkara.
~ kefahaman boleh dibahgikan kepada beberapa aspek iaitu ;
~ Ciri-ciri soalan :
~ keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am.
~ pada peringkat ini, pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
~ perkataan yang digunakan ; tunjukkan, selesaikan, susunkan, uruskan, gunakan, demonstrasikan, pilih, buat.
~ Ciri-ciri soalan :
~ keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihat pertalian antara unsur-unsur.
~ menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan strukturnya yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen atau kes yang diberikan.
~ analisis dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :
~ ciri2 soalan :
~ keupayaan menggabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur.
~ ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
Aras Penilaian
~ berkeupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.
~ pelajar membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya.
~ pertimbangan dibuat berdasarkan piawaian / standard tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik buruk dan lain2.
~ perkataan yang biasa digunakan ; pertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan, rumuskan, nilaikan, kritikan, buktikan, huraikan.
DOMAIN KRATHWOHL (DOMAIN AFEKTIF)
~ Bidang tentang perasaan, emosi, sikap, penghargaan nilai.
~ disusun oleh David R.K., Benjamin S. Bloom, Bertram.
~ ia bermula dari aras rendah ke aras tinggi iaitu :
penerimaan --> gerak balas --> penilaian --> organisasi --> perwatakan
Penerimaan
~ kesediaan seseorang atau penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan.
~ bermula dengan kesedaran penerima. E.g : penerima sedar akan keadaan kehidupan, irama, lirik. Selepas itu individu tersebut tidak menjauhkan diri daripada rangsangan tersebut. Individu mula bertindak secara terhad dan cuba membezakan setiap rangsangan yang diterima.
Gerak Balas
~ seseorang akan bertindak balas dengan rangsangan yang diterima --> mempunyai motif tersendiri untuk membuat demikian --> (motif ingin tahu) --> menyebabkan seseorang bertindak balas dengan rangsangan yang diterima.
~ E.g : set induksi --> bawa kotak yang ditutup mukanya --> murid bertindak balas --> perasaan ingin tahu --> guru memanggil beberapa pelajar untuk meneka.
~ gerak balas melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan.
~ gerak balas berlaku di atas arahan orang lain yang akhirnya merupakan satu kepuasan.
Penilaian
~ bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat.
~ nilai / motif yang boleh dianggap motif luaran, akan menjadi landasan kepada setiap pelaksanaan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.
~ ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
Organisasi
~ seseorang boleh menyusun semua nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal.
~ terdapat 2 peringkat iaitu :
Perwatakan
~ seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.

- pengetahuan tentang fakta khusus - berkait dengan istilah yang berbentuk perkataan atau simbol, perkaitan fakta tertentu dengan tarikh, peristiwa atau punca maklumat.
- pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik / prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
- pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang, seperti mengetahui prinsip dan generalisasi dan mengetahui teori dan struktur.
~ ciri-ciri soalan :
- soalan memerlukan pelajar menggunakan proses mental untuk mengingat pengetahuan yang diminta.
- pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pengajaran guru.
- soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.
- jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada betul atau salah.
~ keupayaan pelajar memberikan huraian / makna kepada sesuatu perkara.
~ kefahaman boleh dibahgikan kepada beberapa aspek iaitu ;
- Perterjemahan (menterjemah) --> menterjemahkan maklumat dari satu bahasa ke bahasa lain dengan tidak mengubah makna asal.
- Mentafsir (interpretasi) --> mentafsir idea / mesej yang disampaikan dalam bentuk terseurat dan tersirat. Setelah sesuatu idea / mesej itu difahami, maksudnya disampaikan semula dalam perkataan pelajar itu sendiri. Misalnya murid dapat mentafsir data dalam bentuk carta kepada bentuk tulis huraian.
- Ekstrapolasi - pelajar dapat membuat telahan / inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi atau diterima.
~ Ciri-ciri soalan :
- soalan memerlukan penggunaan proses mental berkait dengan kefahaman, misalnya terjemahan, tafsiran dan ekstrapolasi.
- penggunaan atau maklumat asas telah diajar atau diberi kepada pelajar.
- memerlukan bahan / alat komunikasi untuk diterjemah, ditafsir atau diekstrapolasi
- pelajar menyatakan kefahaman mereka dalam ayat atau perkataan mereka sendiri.
~ keupayaan menggunakan konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am dalam situasi khusus dan situasi am.
~ pada peringkat ini, pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
~ perkataan yang digunakan ; tunjukkan, selesaikan, susunkan, uruskan, gunakan, demonstrasikan, pilih, buat.
~ Ciri-ciri soalan :
- soalan memerlukan proses mental aplikasi
- soalan melibatkan 3 frasa iaitu prinsip, menyelesaikan masalah, dalam situasi baru.
- soalan hendaklah berkaitan dengan masalah dalam situasi baru yang sama dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.
~ keupayaan memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihat pertalian antara unsur-unsur.
~ menekankan kepada keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan strukturnya yang mengaitkan unsur-unsur tersebut bagi sesuatu dokumen atau kes yang diberikan.
~ analisis dapat dibahagikan kepada 3 jenis iaitu :
- analisis unsur --> keupayaan pelajar menentukan unsur-unsur yang terdapat dalam sesuatu dokumen. E.g : pelajar dikehendaki mencari bukti-bukti dalam dokumen untuk menyokong kesimpulan yang diberikan.
- analisis hubungan --> keupayaan pelajar menentukan hubungan antara unsur2 yang terdapat dalam komunikasi. E.g : pelajar dikehendaki menentukan perkaitan antara bukti2 dengan hipotesis atau hipotesis dengan kesimpulan.
- analisis prinsip --> keupayaan pelajar mengenal pasti prinsip organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuau dengan menganalisis tujuan, pandangan, pendirian, sikap dan konsepsualisasinya. E.g : pelajar dapat mengenal pasti pendekatan yang digunakan oleh penyanyi tertentu untuk menarik penonton.
~ ciri2 soalan :
- soalan menggunakan proses mental analisis sama ada analisis unsur, hubungan atau prinsip.
- situasi mudah hendaklah baru, tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa pengajaran.
- situasi, dokumen atau bahan yang hendak dianalisis perlu ada pada pelajar.
- soalan memerlukan fikiran kritis, bukan mengulang pengetahuan yang dipelajarinya.
~ keupayaan menggabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih berstruktur.
~ ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
- sintesis penyampaian --> menghuraikan, menarik minat atau menunjukkan perasaan marah. E.g : menyampaikan perbahasan dengan hujah.
- sintesis himpunan --> satu himpunan perlakuan. E.g : susun kandungan pelajaran untuk ujian.
- sintesis cadangan --> hasilkan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak. E.g : kemukakan teori yang tepat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Aras Penilaian
~ berkeupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui pelajar.
~ pelajar membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea, hasil kerja, penyelesaian, bahan dan sebagainya.
~ pertimbangan dibuat berdasarkan piawaian / standard tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik buruk dan lain2.
~ perkataan yang biasa digunakan ; pertimbangkan, taksirkan, tentukan, pertahankan, rumuskan, nilaikan, kritikan, buktikan, huraikan.
DOMAIN KRATHWOHL (DOMAIN AFEKTIF)
~ Bidang tentang perasaan, emosi, sikap, penghargaan nilai.
~ disusun oleh David R.K., Benjamin S. Bloom, Bertram.
~ ia bermula dari aras rendah ke aras tinggi iaitu :
penerimaan --> gerak balas --> penilaian --> organisasi --> perwatakan
Penerimaan
~ kesediaan seseorang atau penerima untuk menerima sesuatu yang ingin disampaikan.
~ bermula dengan kesedaran penerima. E.g : penerima sedar akan keadaan kehidupan, irama, lirik. Selepas itu individu tersebut tidak menjauhkan diri daripada rangsangan tersebut. Individu mula bertindak secara terhad dan cuba membezakan setiap rangsangan yang diterima.
Gerak Balas
~ seseorang akan bertindak balas dengan rangsangan yang diterima --> mempunyai motif tersendiri untuk membuat demikian --> (motif ingin tahu) --> menyebabkan seseorang bertindak balas dengan rangsangan yang diterima.
~ E.g : set induksi --> bawa kotak yang ditutup mukanya --> murid bertindak balas --> perasaan ingin tahu --> guru memanggil beberapa pelajar untuk meneka.
~ gerak balas melahirkan rasa kepuasan dalam diri individu berkenaan.
~ gerak balas berlaku di atas arahan orang lain yang akhirnya merupakan satu kepuasan.
Penilaian
~ bermaksud seseorang itu memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukannya kepada masyarakat.
~ nilai / motif yang boleh dianggap motif luaran, akan menjadi landasan kepada setiap pelaksanaan yang ditunjukkan oleh individu berkenaan.
~ ia terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
- penerimaan semua nilai --> menerima semua nilai yang terdedah kepada individu tersebut dan menjadi landasan kepada perlakuan.
- pemilihan nilai tertentu --> memilih nilai tertentu dari nilai2 yang didedahkan kepada individu tersebut yang menjadi landasan perlakuan.
- komitmen --> memegang teguh kepada sesuatu kepercayaan (satu set nilai) yang menjadi landasan kepada perlakuannya dan sanggup mempertahankan nilai tersebut.
Organisasi
~ seseorang boleh menyusun semua nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal.
~ terdapat 2 peringkat iaitu :
- menkonsepsualisasikan dan membentuk pertalian antaranya.
- menyusun nilai2 ini hingga menjadi satu sistem nilai / kepercayaan.
Perwatakan
~ seseorang itu mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu cara hidup.
No comments:
Post a Comment