1. Forum
~ forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel
untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di
mana ia dijalankan secara formal.
~ teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar akan
berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan
kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan
rasional.
~ pelaksanaan : pelajar diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar
selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
~ dalam sesi forurm, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel
untuk mendapatkan ulasan lanjut.
2. Debat
~ pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan
alasan yang logik dan idea yang tersusun.
~ ia terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong
tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
~ huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh
daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
~ setiap pihak haruslahr yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang diutarakan
berdasarkan tajuk yang diberikan.
~ sekiranya fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak
pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk
membetulkan fakta tadi.
~ setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
~ masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan.
~ markah tidak diberikan untuk lebihan masa.
3. Pidato
~ ia mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta2 atau prinsip2 berdasarkan
tajuk yang diberikan.
~ interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah2nya di depan
penonton.
~ berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea2
untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
~ ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta
contoh yang diberikan.
~ pidato dimulakan dengan kata2 aluan kemudian perkenalkan tajuk.
~ ia menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
~ keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada
suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
~ ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.
4. Syarahan
~ aktiviti jenis ini berformat khusus iaitu kata2 aluan /pendahuluan, kata2
penghadapan , isi dan penutup.
~ penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara
teratur, mantap dan berkesan.
~ isi2 syarahan perlu berdasarkan fakta2 yang tepat beserta contoh2 yang
relevan. Isi2 utama pula perlu disokong dengan isi2 sampingan.
~ penggunaan tatabahasa yang betul serta gaya penyampaian yang penuh dengan
keyakinan.
5. Pantun
~ satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
~ rangkap2 yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud.
~ ia menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut.
~ kesinambungan bunyi di hujung setiap baris.
~ ia terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun.
~ gaya bahasa yang berbunga2 dan keindahan persekitaran turut diselitkan.
6. Sajak
~ satu bentuk puisi lisan moden.
~ ia berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
~ ia menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
~ gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur2.
~ penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna
dan irama.
7. Ceramah
~ ceramah merupakan pengemukaan fikiran / idea2 melalui perucapan dan
disampaikan secara syarahan dua hala.
~ penceramah akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau
maklumat yang disampaikan.
Sunday, May 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment