~ satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
~
ciri-ciri :~ jenis2 portfolio yang boleh dibina :
- portfolio kerja harian - bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan untuk waktu yang diberikan.
- portfolio hasil terbaik - dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio keja harian. ini berbentuk sumatif.
- portfolio dokumen - hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan portfolio kerja harian.
~ kegunaan portfolio :
- membolehkan guru2 menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot untuk menghasilkan penilaian holistik.
- mengekalkan galakan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan kendiri, menentukan matlamat dan merasa bangga dengan hasil pencapaian sendiri.
- membolehkan guru memantau pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan pelajar dari segi kemahiran2, pengetahuan dan kefahaman.
~ perancangan sebelum membuat portfolio :
- menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
- isi kandungan portfolio.
- pemilihan isi kandungan bahan dan sumber portfolio.
- penilaian portfolio dari segi kaedah penilaian sama ada secara keseluruhan, kumpulan atau individu termasuklah kriteria yang diguna pakai untuk menilai.
2. Penilaian Melalui Pemerhatian
~ pemerhatian dilakukan secara berterusan dan mengikut jangka waktu yang diperlukan / ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
~ cara ini boleh dilaksanakan secara senarai semak, rekod anekdot,rekod profil.
~ kualiti pemerhatian :
- guru mempunyai sifat2 pemerhati iaitu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan dan persekitaran.
- ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil dalam sesuatu situasi.
- tekal dan stabil dalam penilaiannya.
~ bentuk perancangan :
- menyediakan alat relevan dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- menentukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- merangka tindak susur yang akan dijalankan mengikut konsikuen yang dijalankan daripada pemerhatian itu.
~ merekod penilaian pemerhatian
- rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkah laku yang tersusun dari segi pendekatan atau kaedah kumpulan atau individu.
- cara merekodkan dapatan dan rumusan direkod mengikut urutan yang betul.
- tindakan susulan rekod pemerhatian hendaklah juga menjelaskan tindak susulan yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
- rekod anekdot - boleh digunakan untuk menilai kecekapan / kecerdasan individu dalam bidang2 tertentu seperti kecekapan linguistik/bahasa, kecekapan muzik, kecekapan pergerakan badan, kecekapan intrapersonal.
~ jenis2 pemerhatian
- memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran dan tanggapan dengan melapor apa yang dilihat sahaja.
- memerhati apa2 yang telah dirancang dan secara "open-ended" iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan dan perlakuan.
- memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang.
~ strategi pelaksanaan
- secara berterusan mengikut keperluan yang telah dikenalpasti/yang dirancang.
- guna senarai semak/rekod anekdot.
- secara global / analitik mengikut objektif pengajaran dan pembelajaran.
- proses merekod dan menganalisis boleh dibuat dengan menggunakan pensel dan kertas/secara berkomputer mengikut keperluan dan kesesuaian.
- tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian hendaklah dibuat selepas mengkaji kesan dan implikasinya ke atas pelajar.
- jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keperluan dan keadaan.
- maklum balas diperolehi melalui pemerhatian guru / tindak balas pelajar.
- refleksi tentang pengalaman boleh dikategorikan sebagai pemerhatian.
~ fungsi penilaian melalui pemerhatian
- guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor afektif dan kognitif pelajar.
- guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat, pemudah cara, tutor dan pendidik.
No comments:
Post a Comment