- Bahan atau alat ujian yang digunakan oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.
- Ujian yang diberikan adalah berasaskan sesuatu kemahiran atau subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan.
- Ujian formatif bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam penguasaan sesuatu subkemahiran bahasa.
2. Ujian Sumatif
- Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang seperti selepas satu semester atau selepas setahun persekolahan.
- Ujian ini memberi penekanan kepada kognitif murid.
- Selain itu, jenis ujian ini ialah rujukan norma dan pelaporannya pula adalah berbentuk jumlah skor.
3. Ujian Kefasihan
- Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat mana murid mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
- Ia berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak berdasarkan kepada sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global (umum) pada bahasa yang dipelajari murid terbabit.
- Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehannnya.
- Ia dinilai dari segi :
~ Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.
~ Intonasi dan nada yang betul.
~ Pemilihan ungkapan yang betul.
~ Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.
~ Posisi tubuh yang betul.
~ Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk mennyerap perkataan).
4. Ujian Kemajuan
- Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
- Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
- Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
- Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan.
5. Ujian Bakat
- Ujian bakat bertujuan untuk mengesan bakat seseorang pelajar dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu bahasa atau secara keseluruhan.
- Ujian ini adalah khusus untuk menelaah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.
- Ia melibatkan data-data bahasa yang ‘artifical’ yang mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainnya.
- Hasil ujian direkod dan dianalisis untuk membantu guru memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
6. Ujian Pencapaian
- Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
- Soalan-soalan yang dikemukakan pula berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
- Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester persekolahan.
- Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
- Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.
No comments:
Post a Comment